Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 6 Ogos 2014

Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid

Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid
Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid - Gambar fail 
 
 
SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor pada petang Rabu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai sebarang tuduhan salah laku pentadbiran oleh PKR ke atasnya.

Memetik laporan Malay Mail, beberapa pembantu dari pejabat Abdul Khalid menyerahkan laporan PKR yang mengaitkan isu rasuah MB Selangor itu kepada SPRM.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Abdul Khalid, Mohd Yazid Bidin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya seorang pegawai di pejabat MB saya rasa ini tanggungjawab saya untuk mendapatkan perkara yang benar, itu sahaja yang boleh saya katakan," jelasnya.

Pada Selasa, PKR menyerahkan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam sebab untuk menyakinkan PAS dan DAP mengapa Abdul Khalid perlu disingkirkan dari jawatannya.

Dalam laporan itu, kes penyelesaian hutang yang disifatkan 'luar biasa' antara Abdul Khalid dan Bank Islam menjadi perkara utama dibangkitkan oleh PKR.

Laporan tersebut mendakwa penyelesaian hutang itu dibuat di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas.

Sebelum ini, Abdul Khalid memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.

Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut adalah kes-kes mahkamah yang boleh dipersoalkan mengenai integriti Abdul Khalid sebagai seorang penjawat awam.

Antara kes yang diperkatakan adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Abdul Khalid memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam isu salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.

Tiada ulasan: