Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 6 Ogos 2014

Nik Aziz terus pertahankan Khalid

Ogos 06, 2014 

Nik Aziz terus pertahankan Khalid
 
Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa 
 
memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. 
 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
  
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
  
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
  
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
  
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
  
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.

Tiada ulasan: