
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Dalam kenyataannya, Baru menganggap tindakan itu sebagai pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1963 yang membolehkan Sabah dan Sarawak menganggotai Malaysia. "Ia bukan sahaja pencabulan terbuka terhadap hak orang Kristian yang termaktub dalam pelembagaan tetapi bertentangan dengan provisi dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963. “Sebagai rakyat beragama Kristian di Sarawak, kita diberi jaminan bahawa hak kebebasan agama sebelum Sarawak menyertai Malaysia" kata Baru. Menurut beliau yang juga seorang peguam, sepucuk surat bertarikh 12 Januari 2lalu mengenai penahanan itu oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran negeri Sarawak menyatakan rampasan itu dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Tindakan selanjutnya menanti keputusan Menteri Dalam Negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan