Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 17 April 2011

Aroma

Kerabu Mangga Muda

Bahan-Bahan

10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang
2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar
200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
100gm udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dihiris
50gm cili padi - dihiris halus
Secukup rasa gula, sos ikan & garam.

Cara menyediakannya

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.

Puding Roti

Bahan-Bahannya:
1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan
santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.

2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..

OPTION :
1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin.
2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu makan masa sikit....

Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....

Gulai Tempoyak


Bahan-Bahan :
Ikan (dibersih dan dipotong ketul2)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.

Cara-cara :
1. Tumbuk cil, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul2 hingga hancur. Tapis agak2 ketulan2 yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula untuk mengurangkan rasa masam.

Tiada ulasan: