Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 13 April 2011

PM, Taib didakwa dalangi urusniaga mencurigakan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperalatkan 1Malaysia Development Berhad.

Menurut ketua pembangkang itu, selain 1Malaysia Development, sebuah syarikat asing juga diperalatkan bagi menghasilkan lebih RM2.17 bilion bagi memperkayakan kroni mereka.

Dalam satu kenyataan media, Anwar berkata antara lain, 1MDB diarah melakukan urusniaga dengan PetroSaudi yang menyaksikan syarikat kaitan kerajaan itu membayar firma Arab Saudi berkenaan RM3.5 bilion secara tunai untuk pegangan saham dalam sebuah pelaburan.

“Namun lima bulan kemudian, 1MDB menjual semula ekuiti itu kepada PetroSaudi pada harga RM4.1bilion ringgit, semata-mata untuk membolehkan 1MDB menunjukkan keuntungan RM615 juta pada Mac lal,” kata Anwar.

Menurut beliau Najib juga tidak menyatakan fakta penting – bahawa 1MDB hanya akan memperolehi hasil daripada jualan itu jika PetroSaudi berjaya melunaskan pinjaman bank selama 11 tahun yang cuma akan selesai dibayar pada 31 Mac 2021.

“Ini bermakna lebih 70 peratus daripada modal berbayar 1MDB iaitu RM5bilion kini terikat kepada pinjaman bank (sebuah syarikat asing) dengan tidak ada kepastian sama ada ia akan dibayar balik atau tidak.

“Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara,” kata Anwar.

Dalam kes Sarawak pula, Anwar berkata PetroSaudi membayar RM1.5bilion untuk mengambil alih UBG Berhad, sebuah syarikat yang menguasai kepentingan perniagaan milik keluarga Taib.

UBG mengalami pelbagai kesukaran tahun lalu, apabila sekali lagi PetroSaudi tampil untuk mengambil alih syarikat itu dalam keadaan mencurigakan.

Anwar mendesak penubuhan sebuah pasukan audit untuk menyiasat urusniaga 1MDB, PetroSaudi dan UBG untuk memastikan sama ada wang rakyat digunakan dalam transaksi antara tiga syarikat berkenaan.

Sebarang pinjaman bank kepada 1MDB harus dibekukan, dan rancangan kerajaan untuk memindahkan sebidang tanah awam di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur kepada syarikat itu juga mesti dihentikan, kata Anwar.

Anwar menegaskan siasatan harus bertumpu kepada pihak yang mendalangi 1MDB bagi memastikan amanah yang diberikan kepada syarikat itu tidak tersasar.

Anwar berkata PetroSaudi dan syarikat sekutunya didaftar di pusat-pusat bebas cukai seperti Kepulauan Caymans dan Virgin Islands.

Justeru transaksi antara PetroSaudi dan 1Malaysia tidak mempunyai ketelusan dan akan terus diselubungi dengan kecurigaan.

Tiada ulasan: