Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 9 April 2011

Isu kitab Injil: CCM tolak syor Putrajaya

emuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) menolak 'formula 10 perkara' yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala untuk menyelesaikan kemelut kitab Injil bahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan, badan itu menegaskan formula berkenaan, cuma penyelesaian 'tergesa-gesa' dan tidak menyelesaikan diskriminasi kerajaan persekutuan terhadap penganut Kristian negara ini.

NONEFormula itu juga didakwa tidak tepat kerana hanya menyentuh isu kitab yang menjadi kontroversi tetapi langsung tidak menyentuh isu pokok yakni penindasan golongan Kristian di negara ini.

Antara contoh penindasan yang diberikan dalam kenyataan itu adalah kegagalan kerajaan mengiktiraf penubuhan "kelab Kristian" di sekolah dan universiti serta kekangan kuasa pentadbiran sekolah mubaligh.

"Pemuda CCM kecewa dan sedih masyarakat Kristian hari ini secara terbuka dikutuk, diaibkan dan diprovokasi menerusi media arus perdana. Kerajaan juga dilihat menggalakkan pelbagai maklumat salah diletakkan di laman web rasmi kerajaan,” petik kenyataan itu.

azlanSebagai contoh, badan itu merujuk kepada kegairahan mengaitkan agama Krisitian dengan perayaan Valentine dan tarian poco-poco.

Isu Alkitab menjadi kontroversi apabila Kementerian Dalam Negeri melarang pengedaran lebih 30 ribu naskah Injil bahasa Melayu di pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Sejumlah 5,000 naskah lagi pula ditahan di Pelabuhan Kelang.

Dua set undang-undang

Bagaimana menjelang pilihanraya negeri Sarawak, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengedaran dan penerbitan kitab Injil di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung tanpa sebarang kekangan berbanding sebelum.

Lebih 40 peratus penduduk Sarawak beragama Kristian.

azlanBagaimanapun kitab Injil di Semenanjung disyaratkan mempunyai cop tertera 'Untuk Penerbitan Kristian Sahaja' dengan lambang salib dicetak pada muka depannya manakala Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada syarat itu.

Pemuda CCM dalam kenyataannya juga menolak dua set undang-undang yang berbeza berhubung penggunaan kitab Injil itu.

"Pemuda CCM berpendapat adalah merepek menghalang penganut Kristian Malaysia hak menggunakan bahasa kebangsaan bagi tujuan beribadat. Apatah lagi, rakyat bukan Melayu selalu dikritik kerana kononnya kurang setia bila tidak bercakap dalam bahasa Malaysia tetapi dalam kes ini, mereka dihalang membaca kitab dalam Bahasa Kebangsaan," kata badan itu.

Tiada ulasan: