Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 12 Mac 2010

Jakim nafi campurtangan banci sebatan syarie


Hazlan Zakaria
Mac 12, 10
4:12pm
Seorang pegawai Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) yang tidak mahu dikenali, hari ini, menafikan agensi kerajaan itu mengubah-suai bancian berhubung sebatan syarie yang dijalankan menerusi laman sesawangnya.

Sejak seminggu lalu, Jakim mengajukan bancian yang berbunyi, “Wajarkah lelaki & wanita muslim yang melakukan kesalahan minum arak & persetubuhan luar nikah dikenakan hukuman sebatan mengikut peruntukan undang-undang jenayah syariah.”

Pembaca diberikan dua pilihan - 'Wajar' dan 'Tidak Wajar'.

Mengikut undang-undang syariah, lelaki dan wanita yang terbabit melakukan seks di antara pasangan bukan muhrim dan meminum arak harus dikenakan sebatan syarie.

Setakat ini, bancian menunjukkan rakyat berbelah-bahagi mengenai
isu berkenaan.

Namun, beberapa pihak mendakwa ada campur tangan daripada pihak atasan agar kumpulan yang memilih 'Wajar' mengatasi 'Tidak Wajar'.

Setakat jam 12.37pm hari ini 3,871 menjawab 'Wajar', manakala 3,522 mengundi 'Tidak Wajar'.

Tiada ulasan: