Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 10 Mac 2010

Kartika: tak rayu, tapi kalau Sultan nak ampunkan jugak, saya terima sajalah

Posted on Tuesday, March 09 @ 23:09:37 PST
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita Oleh: dewa

""Saya SUDI". Kartika menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan membuat rayuan ke atas hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya kerana minum arak. Kartika menegaskan bahawa rayuan kepada Sultan Pahang tidak akan dibuat olehnya sekalipun ditawarkan oleh Mahkamah Shariah dan Tengku Mahkota.

Meskipun begitu, beliau jua berkata bahawa sekiranya Sultan Pahang tetap mengampunkan kesalahan hududnya itu, beliau terima sajalah.

Saranan mahkamah shariah dan Tengku Mahkota membuatkan rakyat terkesima apabila mengetahui bahawa Sultan mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan hudud. Keratan akhbar disertakan;

"Saya tidak akan merayu kepada Sultan Pahang" kata Kartika

IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.

"Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.

"Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima," katanya.

Kartika berkata demikian kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Pakar Ipoh (HPI), di sini, iaitu hospital anak bongsunya, Wan Kaitlynn Sari Dewi Muhammed Affandi, 5, menerima rawatan akibat jangkitan pada paru-paru.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar bahawa Kartika boleh membuat rayuan kepada Sultan Pahang untuk tidak dikenakan sebatan.

Ibu dua anak itu sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan enggan membuat ulasan kepada media selepas mengadap Tengku Abdullah di Pahang, 4 Mac lalu. -tamat-

Penulis merayu kepada mufti-mufti yang sebahagian besarnya mengambil approach atau pendekatan 'syaitan bisu' dengan tidak menegur dan menasihati golongan-golongan yang perlu dinasihati berikutan kejahilan dalam ilmu agama.

Wassalam

"
TranungKite

Tiada ulasan: