Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 10 Mac 2010

Presiden PKR disifatkan bagai 'patung bernyawa'


KUALA LUMPUR 9 Mac - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai 'patung bernyawa' kerana tidak mampu membuat keputusan membabitkan parti tersebut.

Sebaliknya Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Md. Nasir Ghani berkata, Azizah hanya menjadi 'pak turut' kepada penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan segelintir pemimpin lain yang berkepentingan.

Menurut beliau, walaupun Azizah menerajui parti, namun segala tindak tanduknya tetap dikawal selia oleh individu yang berpengaruh dalam parti berkenaan.

"Beliau hanya patung bernyawa kerana Anwar yang menguasai parti dan mengamalkan sikap diktator.

"Kesannya, ramai pengikut mula kecewa dan meninggalkan parti serta tindakan terbaru yang membabitkan empat ahli Parlimen," kata beliau dalam kenyataannya akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nasir berkata, berlaku keretakan teruk dalam PKR sehingga wujud empat kumpulan utama yang diketuai oleh individu berlainan.

"Kumpulan pertama dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim, ada juga kumpulan yang dipengaruhi Azmin Ali, kem Anwar serta satu lagi kumpulan radikal yang menyokong Pas," katanya.

Md. Nasir berkata, keadaan itu menyebabkan parti itu tidak mampu menjalankan tugas mereka sebagai pemerintah di beberapa negeri yang dikuasai mereka melalui pilihan raya umum lalu.

"Saya meramalkan PKR bakal musnah dan akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka akan mengalami nasib sama seperti parti Semangat 46 yang berkubur selepas sepenggal menguasai beberapa negeri," katanya.

Utusan

Tiada ulasan: