Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Dua isteri Noordin gagal tuntut mayat

SOLO - Dua isteri pemimpin pengganas yang mati ditembak, Noordin Mohammed Top dihalang oleh polis dalam usaha mereka untuk mengebumikan mayatnya di Indonesia, kata peguam mereka, Mohammed Kurniawan semalam.

Menurutnya, kedua-dua isteri Noordin, Munfiatun dan Arina dihalang melihat mayat pemimpin pengganas itu.

"Saya mengemukakan permintaan kepada polis tetapi ditolak kerana mereka tidak mempunyai dokumen undang-undang yang menunjukkan kedua-duanya sudah berkahwin dengan Noordin," katanya.

"Mereka mahu melihat mayat Noordin. Jika berjaya, kami mahu mengebumikannya di Indonesia," tambahnya.

Noordin yang berasal dari Malaysia dan berumur 41 tahun terbunuh bersama tiga militan lain dalam satu serbuan pihak berkuasa Indonesia di tengah Jawa pada minggu lalu.

Polis Indonesia menyatakan pihaknya akan memulangkan jenazah Noordin kepada isteri pertamanya, Rahmah Rusdi di Johor.

Noordin dipercayai menjadi perancang serangan pengebom berani mati di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta pada Julai lalu yang menyebabkan tujuh orang maut.

Dia turut dikaitkan dengan serangan di Hotel JW Marriott yang menyebabkan 12 orang terbunuh termasuk letupan bom di Kedutaan Australia di Jakarta serta serangan di beberapa restoran termasuk kelab malam di Pulau Bali pada 2005. - Agensi

Tiada ulasan: