Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Isu Pendet, Pulau Jemur selesai


TARIAN Pendet inilah yang mengundang kontroversi antara Malaysia dan Indonesia.

BANDUNG - Isu tuduhan kononnya Malaysia mengambil tarian Pendet dan Pulau Jemur, Indonesia untuk tujuan promosi pelancongan terbukti tidak berasas dan sama sekali tidak tepat.

Malah, ia dianggap selesai dengan penjelasan bukan saja oleh kerajaan Malaysia tetapi juga melibatkan pemerintah Indonesia sendiri.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Indonesia, Raja Reza Raja Zaib Shah berkata, dengan itu, hampir 6,000 pelajar Malaysia di 13 kampus terakreditasi di seluruh negara 17,000 buah pulau ini tidak lagi perlu khuatir atau terbawa-bawa dengan sentimen anti-Malaysia sekalipun terus dipancing oleh media massa Indonesia.

"Bagi kita dan untuk semua pelajar di sini, kedua-dua isu ini sudah kita tutup buku sepenuhnya dan tidak perlu dilayani lagi.

"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu tidak benar lantaran Malaysia tidak pernah mendakwa tarian Pendet yang berasal dari Bali milik kita," katanya pada sambutan Aidilfitri dengan lebih 200 pelajar perubatan Universiti Padjajaran di sini malam kelmarin.

Tambah beliau, dalam kes Pulau Jemur pula seperti dijelaskan oleh Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan juga Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman, terdapat tiga pulau bernama Pulau Jemur termasuk satu milik Malaysia di perairan Selangor yang menggunakan nama yang sama.

Kosmo!


Tiada ulasan: