Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Tak jawab tuntutan saman suami supaya kembali taat


Manohara


PUTRAJAYA - Isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sehingga kini masih tidak menfailkan pembelaan terhadap saman yang menuntutnya kembali taat kepada suaminya dan tuntutan hutang RM1,112,250 yang difailkan suaminya itu.

Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Fakhry dalam dua kes saman syariah Tengku Fakhry terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot ketika dihubungi berkata, tempoh 14 hari yang diberikan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan telah berakhir pada 21 September lalu.

Beliau berkata, pada 2 Ogos lalu mahkamah itu mengarahkan Manohara memfailkan pembelaan dalam dua kes saman difailkan Tengku Fakhry terhadapnya dalam masa 14 hari sebelum tarikh sebutan kes itu pada 5 Oktober ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa sehingga hari ini (semalam) kami selaku Peguam Syarie Plaintif (Tengku Fakhry) belum menerima pembelaan tersebut dan kami juga tidak menerima permohonan lanjutan masa daripada peguam syarie defendan (Manohara)," katanya.

Kosmo!


Saman: Daisy, Manohara senyap


TENGKU FAKHRY


KUALA LUMPUR - Walaupun hampir sebulan diserahkan writ saman fitnah, isteri dan ibu mentua, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra masih tidak memfailkan penyataan pembelaan bagi menjawab pernyataan tuntutan yang dikemukakan anakanda Sultan Kelantan itu.

Peguam Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Tengku Fakhry, ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyerahkan writ saman itu kepada ibu mentua Tengku Fakhry, Daisy Fajarina dan isterinya, Manohara Odelia Pinot melalui Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates bulan lepas.

Haaziq berkata, Tetuan Fakrul Hisham yang merupakan firma guaman di negara ini dilantik oleh seorang daripada peguam Daisy dan Manohara dari Indonesia untuk mewakili kedua-dua mereka dalam kes saman fitnah itu.


MANOHARA


Katanya, mengikut prosedur, kedua-dua mereka mempunyai tempoh 14 hari untuk memasukkan memorandum kehadiran dan selepas itu 14 hari lagi untuk memasukkan pernyataan pembelaan selepas writ saman diserahkan kepada mereka.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka telahpun memasukkan memorandum kehadiran pada pertengahan Ogos tetapi sehingga sekarang mereka masih tidak memfailkan pernyataan pembelaan bagi menyangkal pernyataan tuntutan yang dikemukakan Tengku Fakhry," katanya.


Kosmo!

Tiada ulasan: