Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Lelaki kahwin empat wanita serentak


MBHELE bersama empat isterinya yang dikahwininya secara serentak pada Jumaat lalu.


JOHANNESBURG - Seorang lelaki keturunan Zulu di Afrika Selatan berkahwin dengan empat wanita serentak dengan alasan untuk menjimatkan wang dan mengelakkan penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Milton Mbhele, 44, memutuskan berkahwin empat wanita serentak sebagai tanda cinta kepada isterinya.

"Ini merupakan hari yang paling saya tunggu sepanjang hidup saya," kata Mbhele sebelum membuat ikrar perkahwinan.

Mbhele memakai sut putih dan empat isterinya yang memakai gaun warna yang sama dengan suaminya itu tiba pada majlis perkahwinan dengan menggunakan limousin pada Jumaat lalu.

Dia yang bekerja sebagai pengurus di Majlis Perbandaran Indaka mempunyai 10 anak iaitu tujuh daripada empat isterinya dan tiga menerusi perkahwinan sebelumnya.

"Saya berasa bangga dengan amalan poligami yang diamalkan oleh kaum Zulu. Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain," katanya.

Majlis perkahwinannya dihadiri oleh 500 orang. - AFP

Amalan poligami adalah dibenarkan di bawah undang-undang Afrika Selatan.

Sebanyak lapan ekor lembu disembelih dan kemudian dihidangkan pada satu majlis jamuan di rumah pengantin lelaki itu semalam. - AFP

Tiada ulasan: