Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Wanita ditahan khalwat pada hari jadi


WANITA yang ditahan berkhalwat di sebuah hotel di Perlis semalam.


KANGAR - Seorang pegawai imigresen wanita yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak ditangkap khalwat bersama seorang lelaki Cina pada hari jadinya di sebuah hotel di Perlis semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, (JAIP), Abdul Malik Hussin berkata, pasangan itu ditahan pada pukul 5.30 pagi hasil maklumat awam.

"Siasatan mendapati wanita Islam berusia 31 tahun itu telah bersuami dan ketika ditahan dia bersama lelaki lain berusia 30-an di sebuah hotel di Perlis," kata beliau semalam.

Menurut beliau, lelaki Cina itu dibebaskan kerana bukan muslim manakala wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis.

Difahamkan, sebelum wanita itu ditahan, dia telah diekori suaminya selepas ternampak isterinya memandu kereta menuju ke Perlis pada hari jadinya.

Kosmo!

Tiada ulasan: