Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Filipina minta bantuan dunia


RATUSAN penduduk meredah air banjir di Pekan Pasig dekat Manila semalam.


MANILA – Pihak berkuasa Filipina merayu masyarakat antarabangsa agar menghulurkan bantuan ketika angka kematian akibat banjir besar yang melanda utara negara berkenaan melonjak kepada 140 orang.

Selain angka kematian yang besar, situasi di negara itu bertambah buruk selepas ramai mangsa yang terselamat pula terpaksa tinggal di tempat-tempat perlindungan dalam keadaan serba kekurangan.

Dua hari selepas hujan ribut menyebabkan bandar raya Manila dan beberapa wilayah sekitarnya dilimpahi air bah, kerajaan Filipina akhirnya akur bahawa ia tidak mampu menangani bencana itu bersendirian dan memerlukan bantuan segera.

“Kami merayu bantuan kemanusiaan. Situasi di Filipina berpotensi menjadi dahsyat dan kami tidak boleh berpeluk tubuh dengan menunggu ia berlaku,” kata Setiausaha Pertahanan, Gilberto dalam satu ucapan televisyen semalam.


GAMBAR menunjukkan mangsa- mangsa banjir berbaris untuk mendapatkan bantuan daripada askar-askar di Cainta Rizal, timur Manila semalam.


Beliau membuat rayuan itu ketika mengumumkan angka kematian tersebut dengan 32 yang lain dikhuatiri masih hilang manakala 453,000 orang terpaksa berpindah selepas rumah mereka musnah ditenggelami air banjir.

Namun, angka kematian dijangka terus melonjak ketika pihak berkuasa tempatan melaporkan berpuluh-puluh lagi kematian yang belum disertakan dengan perangkaan rasmi kerajaan.

Presiden Gloria Arroyo dalam satu ucapan di sini menyifatkan hujan ribut yang melanda itu sebagai `sekali seumur hidup’.

Ia menyebabkan banjir terburuk pernah melanda Manila sejak empat dekad lalu apabila 80 peratus bandar raya itu ditenggelami air.


DUA orang mencari barang berharga selepas banjir semakin surut di Bandar Marikina dekat Manila semalam.


Sementara itu, berpuluh-puluh ribu orang mengalami kekurangan makanan, air dan pakaian ketika berlindung di sekolah, gimnasium dan sejumlah tempat perlindungan lain.

Sebuah gimnasium di timur Manila penuh sesak apabila menempatkan 3,000 orang tanpa air bersih manakala najis manusia pula bertaburan di lantai simen hanya beberapa meter dari tempat tidur mereka.

“Kami masih menanti ketibaan lebih banyak bantuan. Kami sedang berusaha melancarkan operasi bantuan di sini (Manila) tetapi kami memerlukan lebih banyak bantuan,” kata seorang pemimpin tempatan, Armando Endaya.

Pihak berkuasa tempatan turut memberi amaran bencana yang menimpa bakal mencetuskan pelbagai wabak penyakit seperti selesema babi, taun dan jangkitan bakteria.

– AFP.

Tiada ulasan: