Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Suami Noniswara didenda RM700 - Mengaku cederakan bekas isteri empat tahun lalu

NEGARA



ROSMAN ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu atas tuduhan memukul bekas isterinya.



NONISWARA


KUALA LUMPUR - Pengerusi syarikat telekomunikasi U Mobile yang juga suami kepada dramatis, Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku mencederakan bekas isterinya empat tahun lalu.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu mengarahkan Datuk Rosman Ridzwan dihukum penjara seminggu jika dia gagal membayar denda tersebut.

Rosman, 50, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 12.30 tengah hari 8 April 2005.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kosmo!

Tiada ulasan: