Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 28 September 2009

Lembu diarak lagi di Selangor


ANGGOTA polis mengawal keadaan ketika para penternak lembu dan kambing mengadakan tunjuk perasaan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Baru sahaja sebulan demonstrasi secara aman oleh 200 penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 Ogos lalu, sekali lagi lembu diarak ke bangunan yang menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di sini semalam.

Kali ini, 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak di hadapan pintu masuk utama bangunan itu membawa 30 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan lembu, kambing dan tong susu.

Pengerusinya, Samad Kassim bekata, demonstrasi secara aman itu diadakan kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan kerajaan negeri menangani masalah yang dihadapi dua ahli persatuan itu dalam kejadian pada malam Khamis lepas.


DERETAN lori yang membawa lembu dan kambing diletakkan di sepanjang laluan masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.


Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Lembah Sungai Tua Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah takungan yang terletak berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan pada pukul 8.50 malam.

Sehingga semalam, tidak ada wakil rakyat atau Exco Selangor, Yaakob Sapari turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak, katanya kepada pemberita.

Kosmo!

Tiada ulasan: