Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 2 Oktober 2009

Tunggu laporan surat ugutan bunuh Khir

KUALA SELANGOR: Polis masih menunggu laporan pakar mengenai surat ugutan bunuh yang diterima Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bulan lalu, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Katanya, beliau tidak dapat menjangkakan bila laporan analisis ke atas surat ugutan bunuh itu seperti kesan cap jari dan DNA boleh diperoleh kerana ia dilakukan pakar luar seperti Jabatan Kimia.

“Polis masih menjalankan siasatan dan mengharapkan laporan pakar mengenai DNA atau cap jari yang mungkin dikesan pada surat itu dapat membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas upacara serah tugas kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor yang baru DSP Mohd Taib Ahmad daripada pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Zulkifli Jonit di sini, semalam. - Bernama

Tiada ulasan: