Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 2 Oktober 2009

Tentera bebas pilih

Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

PORT DICKSON: Tanggapan anggota tentera terpaksa mengundi di depan pegawai atasan ketika pilihan raya adalah tidak tepat kerana ia tidak disertakan dengan bukti tetapi andaian semata-mata.

Sebaliknya, anggota tentera bebas untuk memilih calon disukai mereka tanpa sebarang paksaan.

Malah, dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU) lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, di sini lebih 1,800 undi daripada hampir 5,000 pengundi pos berpihak kepada calon pembangkang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik, berkata bagi membuktikan ketelusan SPR, wakil calon parti yang bertanding akan dibenarkan melihat dan memantau perjalanan pengundian yang dibuat.

Katanya, dengan kaedah itu, mereka akan dapat menilai proses pengundian pos dijalankan.

“Tanggapan mengatakan anggota tentera terpaksa mengundi di depan pegawai atasan mereka adalah dakwaan semata-mata dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

“Pengundian undi pos seperti pengundian biasa kecuali mereka terpaksa mengisi dan menandatangani borang 2 iaitu borang pengesahan penama berkenaan adalah pengundi pos sama ada oleh isteri atau pegawai atasan.

“Jika gagal mengemukakan borang itu, undi yang dibuat akan ditolak. Ini jelas bagi membuktikan ketelusan SPR mengenai undi pos. Malah, berdasarkan pengalaman, ada undi pos yang dikeluarkan tidak dikembalikan.

“Sebagai contoh pada PRU 12 lalu bagi DUN Bagan Pinang, lebih 600 undi pos tidak dikembalikan. SPR tidak mempersoalkan kenapa kertas undi itu tidak dikembalikan kerana itu hak individu berkenaan,” katanya ketika sesi taklimat SPR dengan media di sini, semalam.

Mengenai pengundi pos pilihan raya kecil Bagan Pinang, semua 4,604 pengundi pos kawasan itu termasuk 4,571 anggota tentera di sembilan kem di kawasan itu akan mula membuang undi pada 8 dan 9 Oktober ini.

Ngah berkata, tiga kem akan digunakan sebagai daerah membuang undi bagi semua pengundi pos terbabit manakala 31 anggota polis dan dua pengundi pos yang berada di luar negara juga akan mengundi pada hari sama.

Katanya, kertas undi berkenaan akan dikira sebaik proses pengundian tamat pada jam 5 petang, 11 Oktober ini.

Harian Metro


Tiada ulasan: