Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 6 Oktober 2009

Pakatan Rakyat makin terdesak untuk cari perhatian di Bagan Pinang (Politik)

Pakatan Rakyat kini makin terdesak untuk ‘mencari perhatian’ untuk mendapat kelebihan dalam pertandingan satu-lawan-satu di PRK N 31 Bagan Pinang. Sebagaimana biasa, PR sengaja mencari kontroversi agar dapat menyalahkan pihak berkuasa yang mereka tuduh memihak kepada BN.

Kali ini, setelah menerima laporan, pihak berkuasa tempatan bertindak untuk menurunkan banner dan simbol parti yang tidak bertanding iaitu DAP dan PKR. Dalam kejadian siang tadi, pihak berkuasa tempatan Pengkalan Adnan (Port Dickson) dihamburkan perkataan “zalim” oleh Exco Kerajaan PR Selangor Ronnie Liu. Ini berlaku kerana banner DAP cuba diturunkan kerana pihak berkuasa tempatan menguat kuasakan larangan SPR agar apa apa simbol parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan dipampang dalam tempoh masa berkempen.

Untuk rekod, Ronnie Liu merupakan antara pemimpin DAP yang ‘kaki drama untuk tarik perhatian’ dan mempunyai kemampuan dan kecenderungan untuk berlaku ’samseng’ dan tidak menghormati undang undang, terutama di hadapan pihak kuasa termasuk dalam bangunan Kerajaan.

Dalam kejadian berlainan, calon PKR bagi Rembau Badrul Hisham “Cikgu Bard” menaikan sebidang banner mempersoalkan MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai janji janji pilihanraya beliau semasa berkempen PRU 12 tahun lepas. Perbuatan ini juga menyalahi peraturan pilihanraya yang diumumkan SPR.

Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan keatas kesalahan pilihanraya sebegini, maka golongan yang tegar anti-establishment ini akan mengunakan peluang ini untuk memaparkan bahawa agensi Kerajaan adalah ‘zalim’ dan hanya memihak kepada BN. Sebelum hari penamaan calon lagi, PR telah memainkan isu ‘undi pos’ sebagai strategi jangka masa pendek untuk mempengaruhi polar pengundi yang rata rata mahukan Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad mewakili mereka.

Dalam pada itu, dikatakan ceramah PAS kini semakin hambar tidak mendapat sokongan dan perhatian penduduk setempat. Contohnya, malam ini sahaja dua ceramah PAS telah dibatalkan walaupun permit telah didapati. Ini perkembangan jelas bahawa kempen tohmahan PR yang tidak konstruktif dan produktif tidak lagi mendapat perhatian pengundi.

Tiada ulasan: