Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 2 Oktober 2009

Usah sentuh sensitiviti


KUALA LUMPUR: Wartawan tidak sewajarnya menyiarkan berita negatif yang menyentuh sensitiviti pihak lain supaya tidak berlaku kesan buruk sehingga mengeruhkan hubungan yang harmoni.

Presiden Persekutuan Wartawan Asean (CAJ), Norila Daud, berkata setiap wartawan perlu mengikuti kod etika kewartawanan dalam setiap berita dihasilkan.

“Setakat ini kita tak terbitkan berita negatif yang menyentuh sensitiviti negara lain.

“Kita juga akan pastikan wartawan mengikuti kod etika kewartawanan. Kita akan tekankan dalam mesyuarat,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Agung Ke-16 CAJ di Hotel Nikko di sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Norila yang dilantik presiden baru CAJ bagi 2009-2011, menggantikan Nattaya Cheschotiros, menekankan ‘suara Asean’ dalam persidangan kali ini.

Kelop@k: Wartawan begitu juga Pemblog sewajar menjadi orang tengah yang mendamaikan keadaan bukan mengeruhkan keadaan. Saya kerap juga menyingkap tulisan di blog politik; baik penyokong pemerentah pun penyokong pembangkang terkadang terlalu fanatik dengan parti masing-masing hinggakan menulis cercaan yang tak sebaiknya.

Tindakan begini sebenarnya akan menjadikan pembaca bertambah menyampah & akan mengambil jalan tengah tidak mahu bersama berkompromi atau menjadi pengikut golongan yang amat bacul ini.

Bersederhanalah dalam menyampaikan sokongan dalam segala isu. Begitu juga jika menolak sesuatu isu yang amat sensitif untuk dilafazkan.

Tiada ulasan: