Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 2 Oktober 2009

Bincang bayaran pinjaman PTPTN

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihati membincangkan pembayaran balik pinjaman dan tidak menunggu sehingga dilarang ke luar negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, berkata terdapat 26,000 nama peminjam tegar yang belum membayar pinjaman kira-kira RM400 juta sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Setakat 31 Ogos 2009, sebanyak 124,455 Surat Permintaan (LOD) sudah dihantar kepada peminjam tegar itu tetapi 81,556 atau 65.5 peratus tidak memberi respon sama sekali.

“Saya merayu semua peminjam PTPTN tampil berbincang secepat mungkin jika mereka mendapati ada kesukaran dalam membayar pinjaman mereka,” katanya selepas menyerahkan tiket penerbangan kepada dua ibu bapa penuntut Penang Medical College (PMC) di sini, semalam.

Menurut timbalan menteri itu, peminjam tegar merujuk kepada peminjam yang mengabaikan setiap usaha PTPTN sejak lebih lima tahun lalu meminta mereka membayar pinjaman.

Hou berkata, beliau menghargai saranan sesetengah kesatuan majikan meminta PTPTN berhenti mengambil tindakan kepada peminjam, bagaimanapun, kesatuan itu sepatutnya mengambil tanggungjawab moral menasihati anggota mereka membayar pinjaman PTPTN.

Harian Metro

Kelop@k: Tidaklah sebanyak mana sebenarnya pinjaman PTPTN yang diberikan. Jika berusaha membayarnya pasti segalanya telah selesai.

Kita yang lebih bermewah, utamakan kereta mahal berbanding hutang yang belum dilunaskan. RM400 juta itu jika boleh diagihkan semula pasti ramai yang bakal dapat bantuan.

Pun seharusnya pusat pembelajaran kita di Malaysia seharusnya meminimumkan segala yuran & segala yang berkait dengan menuntut ilmu. Ilmu janganlah sampai didagangkan. Kerajaan seharusnya mengawal kadar bayaran pembelayaran di kolej swasta atau IPTS.

Tiada ulasan: