Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 12 Disember 2009

Berdakwah perlu ada tauliah - Sultan



SULTAN SHARAFUDDIN bersalam dengan rakyat selepas merasmikan Masjid Bandar Diraja, di Klang semalam.


KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan pihak yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan dakwah yang disampaikan betul dan mengelakkan pengembangan ajaran sesat.

Baginda bertitah, tauliah daripada MAIS merupakan salah satu cara untuk memastikan perpaduan ummah yang kukuh di negeri itu tidak dirosakkan melalui dakwah fahaman yang berpuak-puak dan juga dakwah atau pengajaran mengelirukan yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam di Selangor.

"Jawatankuasa Tauliah MAIS telah menguatkuasakan kaedah-kaedah tauliah yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

"Justeru, sebagai Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah maka patuhilah ajaran agama Allah yang kita anuti ini, jadilah individu yang bertakwa dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segera apa yang dilarangNya," titah baginda semasa merasmikan Masjid Bandar Diraja Klang di sini semalam.

Harian Metro

Tiada ulasan: