Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 3 Disember 2009

Dari Blog Mazidul 3 (Delima Merkah)


Blogger iDAN berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!

Kena kepala sendiri baru sedar!. Masa kena bala petaka pastikan berdoa baik-baik!.

Sdr Sugarcane mungkin tak bandingkan bagaimana di negara maju kebanyakann rakyatnya amat harmoni & bahagia hidup mereka, tidak seteruk kita, kebanyakannya terhimpit.

Tanggungjawab kerajaan menjaga rakyatnya; jika tidak jangan kenakan sebarang cukai; cukai pendapatan itu perkara, kalau kuli macam saya kena cukai memanglah tak lojik. Tapi cukai bebenda lain; beras, gula, sayur sekarang gila mahalnya, KFC, nak tenguk wayang pun mahal; Maka duduk diam-diam di rumah tak cukup duit makan mee segera; paling ummp! Maggi Kari.

Cukuplah tentang cukai kenderaan!. ramai tidak sedar ansuran kenderaan naik sampai 200%. Bandingkan harga kenderaan kita dengan negara maju. Matawang mereka tinggi kenderaan buat dekat cina; memang mereka makmur. Mana ada mereka meminjam sampai enam tahun macam kita!. 10 tahun pinjaman kenderaan itu gila namanya, habis rezeki di langit kita cabut & tujah-tujah.

Kalau unta & kuda murah kita pakat-pakat semua naik unta & kuda; Kerajaan tak sungguh-sungguh buat pengangkutan awam kita jadi canggih & tersusun. Itu Temasek pun sudah cukup maju subwaynya.

Banding gaji staf kerajaan kuli seperti saya berapalah sangat dengan kenaikan harga barang yang menggila ini.

Bandingkan juga bagaimana masalah pembelajaran kenapa negara maju boleh memberikan pembelajaran percuma di universiti mereka?. Kita menuju ke arah negara maju 2020; tak lama lagi tu!. Terpaksa buat pinjaman! PTPTN, tarak kerja sudah ada hutang keliling pinggang.

Jangan banding negara Indon atau India yang memang teruk korapsinya!. Negara kita mewah sebenarnya; jika agihah kekayaaan ini seimbang. Kes kupon beras saya pernah tulis di blog saya lebih lima tahun lalu tetiba ujud... tetapi dengarnya kupon beras pun pelik agihannya. Baru bab kupon beras!. Bayangkanlah apa jadi kita ini?

Jumaat, 2009 Disember 04 15:29:58 MYT

Tiada ulasan: