Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 1 Disember 2009

Desak nik aziz minta maaf


SEBAHAGIAN daripada 1,000 orang yang berhimpun di pekarangan pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bharu semalam.


KERATAN Kosmo! semalam.


KOTA BHARU - Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan itu turut mendesak Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan ekoran kemunculan beberapa isu yang dianggap mereka menjejaskan kerajaan dan rakyat negeri ini.

Selepas berkumpul hampir setengah jam sejak pukul 10.15 pagi, kumpulan itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron di pintu masuk kota berkenaan.

Keadaan hampir menjadi kecoh semasa kumpulan itu meluahkan rasa kecewa apabila gagal menyerahkan sendiri memorandum itu kepada Nik Abdul Aziz, namun ia dengan pantas dileraikan oleh polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang berada di tempat kejadian kemudiannya meminta kumpulan itu bersurai sebelum tindakan yang lebih tegas diambil.

Mereka yang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Nik Aziz Perlu Letak Jawatan' dan 'Kami Desak Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Najib', kemudiannya akur dan bersurai sambil diawasi Unit Tindakan Ringan Antirusuhan.

Kosmo!

Tiada ulasan: