Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 12 Disember 2009

PAS TIDAK SEPAKAT ISU DANA BINA MASJID

" Sekali dia ni bersin, bergegar habis daripada Tumpat hingga ke Kota Bharu " - RBF


Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."

"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa". klik

Penulis - YB Nga Kor Ming (DAP Taiping), ulama PAS yang pernah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran namun PAS berhabis-habisan mempertahankan beliau membangkitkan isu ini sewaktu Persidangan Dewan yang sedang berlangsung. Beliau juga dilaporkan berkata, sepatutnya kerajaan pusat meniru kerajaan PAS, DAP dan PKR Perak yang lalu, di mana telah menawarkan banyak tapak-tapak tanah untuk rumah-rumah ibadah bagi orang-orang bukan Islam. Beliau juga memuji 'rakannya' iaitu kerajaan PAS Kelantan kerana telah meluluskan pembinaan patung terbesar di Asia.

Apakah PAS bersetuju dengan pendapat 'rakan' ulamanya ini? Apakah takrif keadilan itu mesti sama banyak ? Jumlah penduduk yang paling ramai di negara ini adalah penduduk yang beragama Islam. Biarpun penganut-penganut agama lain lebih kecil nisbahnya, maka pembinaan rumah ibadahnya mesti sama banyak ? Apakah Nik Ajis bersetuju jika bilangan masjid di Kelantan sama bilangannya sebagaimana dengan jumlah rumah ibadat agama lain ?

Perkara pertama yang Rasulullah saw lakukan semasa berjaya menawan Kota Mekah ialah memusnahkan segala patung2 berhala. Kerajaan PAS di Kelantan pula membenarkan pembinaan patung terbesar di Jong Bakar. ( lebih tinggi dari menara masjid ) Nik Ajis yang pergi rasmikan, tidakkah ini bertentangan dengan sirah rasulullah ?

http://dr1221.blogspot.com

Tiada ulasan: