Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 3 Disember 2009

Sehati Berdansa tidak menyalahi budaya rakyat Malaysia


PROGRAM realiti Sehati Berdansa yang memaparkan kemesraan suami isteri menerusi tarian lebih diterima masyarakat berbanding bercium di khalayak ramai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penyiaran program televisyen itu tidak menyalahi budaya rakyat Malaysia kerana sekadar memaparkan manifestasi kemesraan pasangan suami isteri.

“Saya tidak tonton rancangan itu tetapi konsep pasangan berdansa lebih diterima berbanding bercium di khalayak.

“Kalau berseronok dan berpegangan dengan isteri, ia boleh menjadi manifestasi kemesraan kepada masyarakat dan pasangan itu sendiri,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mojilip Bumburing @ Wilfred (BN-Tuaran) yang meminta kementerian memperhalusi kewajaran penyiaran program itu yang diragui kesannya terutama apabila memperlihatkan tarian antara suami isteri.

Rais bagaimanapun berkata, jika rancangan itu benar-benar menjolok mata, pihaknya akan membuat kajian semula mengenai kewajarannya.

Harian Metro

Tiada ulasan: