Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 24 Disember 2009

Rakyat HK berlumba beli kereta sport


GAMBAR fail menunjukkan kereta Ferrari dipamerkan di Kowloon, Hong Kong pada 8 Februari 2007.

HONG KONG - Cukai import kenderaan setinggi 120 peratus bukan menjadi penghalang kepada golongan kaya di Hong Kong daripada berlumba-lumba membelanjakan wang bagi membeli kereta sport dan mewah.

Ratusan kereta sport yang tergolong sebagai supercar seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche di samping jenama mewah iaitu Aston Martin, Rolls-Royce serta Bentley dapat dilihat di jalan-jalan raya di pulau itu pada setiap hari.

Menjelang Krismas, sebuah bilik pameran syarikat Carpro milik usahawan tempatan, Marchy Lee disinari kilauan kereta legenda Lamborghini Murcielago LP650-4 yang terakhir dijual di Asia dan berharga AS$800,000 (RM2.7 juta) manakala kereta Ferrari 430 Scuderia dijual pada harga lebih murah iaitu (RM1.7 juta).

"Anda membeli kereta ini (Lamborghini Murcielago) sebagai satu status simbol semasa berada di jalan raya.

"Terdapat banyak kereta sport mewah di Hong Kong di sebalik saiz pulau ini yang kecil," kata Lee.

"Sesetengah ahli perniagaan tempatan memiliki antara 30 hingga 40 buah kereta mewah. Walaupun mahal, ia menjadi barang permainan mereka," tambahnya.

Menurutnya, cukai kenderaan di Hong Kong amat tinggi. Semua kenderaan yang berharga lebih AS$64,500 (RM221,267) dikategori sebagai kereta mewah dan dikenakan cukai sebanyak 120 peratus. - AFP

Tiada ulasan: