Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 25 Disember 2009

Skuad negara terkandas lagi


PENYERANG, Safiq Rahim tertidur sambil diperhati K Gurusamy (tengah) dan S Kunanlan yang tersadai di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane, selepas pesawat yang dijangka membawa mereka pulang mengalami masalah teknikal, semalam.

Pemain, pegawai lewat pulang pesawat TUDM alami masalah teknikal

KILAUAN pingat emas yang diraih, kelmarin, tidak dapat membuang 'badi' dan 'malang' yang bukan sama sekali disebabkan skuad negara, semalam.

Kerana buat kali keduanya, kumpulan pemain dan pegawai skuad itu tersangkut di lapangan terbang, kali ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane, semalam.

Ianya angkara masalah teknikal yang dialami kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat penerbangan untuk membawa pulang wira-wira bola sepak negara itu.

Kumpulan pemain dan pegawai meninggalkan perkampungan sukan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan sehingga malam tadi, mereka tersadai di perkarangan lapangan terbang menunggukan penerbangan gantian yang dijadual tiba kira-kira jam 11 malam waktu tempatan.

"Penerbangan tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikal. Tetapi ianya sudah diatur dengan penerbangan gantian akan tiba di sini kira-kira jam 11 malam. Urusan sudahpun dilakukan untuk pasukan ini terus menaiki penerbangan pulang.

"Kami dijangka sampai di Subang kira-kira jam 3 pagi nanti," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, yang turut dijadual menaiki penerbangan sama.

Selepas menanti lebih enam jam, pemain-pemain kemudiannya menaiki van yang diatur hasil kerjasama pegawai Kedutaan Malaysia di Vientiane untuk makan malam di restoran di tengah bandar sebelum kembali menanti di lapangan terbang itu.

Berita Harian

Tiada ulasan: