Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 25 Disember 2009

Katrina hidap darah rendah


Katrina Kaif

NEW DELHI: Aktres Bollywood yang juga model, Katrina Kaif yang dilaporkan baru dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani satu pembedahan kecil berada dalam keadaan sihat, kata jurucakapnya.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan pelakon terbabit mendakwa aktres filem Singh Is King itu sebenarnya tidak sihat walaupun berita beliau yang baru keluar dari Hospital Breach Candy di Mumbai melegakan ramai peminatnya.

“Beliau mengalami penyakit berkaitan darah yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera dan dijaga dengan baik. Penyakit itu menyebabkan paras darah yang rendah dalam badannya yang amat membimbangkan.”

“Katrina sudah dibenarkan keluar hospital sekarang tetapi beliau masih perlu diberikan perhatian di masa depan dan beliau masih lagi menjalani rawatan,” kata sumber terbabit.

Katrina yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Salman Khan itu, dimasukkan ke hospital terbabit baru-baru ini untuk menjalani satu pembedahan kecil disebabkan tahap hemoglobin yang rendah dalam badannya.

Jurucakap Katrina dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini berkata bahawa pelakon terbabit yang baru keluar hospital sudah pulih.

“Disebabkan tahap hemoglobin dalam sistem beliau, Katrina terpaksa menjalani satu prosedur pembedahan kecil. Ia sudah selesai dan beliau kini berehat di rumah dan selepas ini beliau akan mengambil cuti tahunan Krismas,” kata kenyataan terbabit. - Agensi

Tiada ulasan: