Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 3 Disember 2009

Tragedi Kuala Dipang : Perak senarai hitam kontraktor

03/12/2009 3:37pm

IPOH 3 Dis. — Kerajaan Perak telah menyenaraihitamkan syarikat kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, Kampar, daripada sebarang projek pembangunan di Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis sekiranya perlu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

"Kelalaian syarikat terbabit tidak boleh diambil mudah. Ia sangat serius kerana tiga nyawa telah terkorban,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan.

Bagaimanapun, Shaziman menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) membuat laporan polis jika mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap kontraktor terbabit. - Bernama

Tiada ulasan: