KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas akibat kesan tembakan gas pemedih mata.
Sebelum itu, beliau dilaporkan kembali ke Hotel KL Hilton selepas gagal berarak ke Stadium Merdeka bersama pemimpin pembangkang dan penganjur perhimpunan haram Bersih lain.
Menerusi laman sosial twitter beliau menyatakan bahawa beliau cedera ringan ketika polis bertindak untuk menahan mereka di KL Sentral. Malah, anaknya, Nurulizzah dan Nurul Hana, ditahan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan