Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 20 Julai 2011

Mewah Bahasa: ‘...Sajak bersajak’

2011/07/20

Zul: Usop!! Cepatlah …. Apa kau buat lama dalam bilik tuh!!

Yusof: Kejaplah! Tengah bersiap ni ….

Zul: Orang semua nak cepatlah!! ... tunggu kau aje lagi nih! Tinggal kang … baru padan muka!!

Yusof: Aku orang penting … orang akan tunggu!! Hahhaha ….

Zul: Yalah, yalah!! Mentang-mentang dia pengapit … cepatlah sikit, kesian pengantin tu, dah lama dia tunggu dalam kereta!!

Yusof: Alaa …. tunggulah kejap, aku tengah pakai samping ni. Pengantin tu tak kisah pun lambat sikit …. Dah nikah, dah selamat! Hehehehe ….

Hah!! Dah siap … jom!

Zul: Amboi Sop!! Mengalahkan pengantin!!

Yusof: Tengok oranglah!! Kita yang nak jadi pengapit pengantin ni mestilah bergaya, paling tidak pun macam pengantin.

Zul: Hahaaha … kalah pengantin!! Memang sajak pun ….

Yusof: Sajak??

Zul: Hah!! Pengapit sajak!! Hehehe ….

Yusof: Eh! Tak maulah sajak-sajak ni!

Zul: Kenalah sajak! Dah jadi pengapit … orang nombor dua yang jadi tumpuan selepas pengantin!

Yusof: Eh! Janganlah gitu .… Tak retilah!

Zul: Tak reti? Ni dah sajak dah ni ….

Yusof: Tak pernah! Tak pernah aku baca sajak …. Malam Puisi Riong pun aku tak pernah pergi! Tak bolehlah, aku tak boleh, bagilah orang lain ….

Zul: Tak boleh apa?

Yusof: Baca sajaklah! Aku tak reti baca sajak … suruh orang lainlah!

Zul: Baca sajak? ... kenapa nak baca sajak?

Yusof: Eh!! Kau yang kata tadi, kan?! Kau kata aku jadi pengapit dan kena baca sajak!

Zul: Laa ... siapa pulak suruh kau baca sajak? Aku kata kau nampak sajak! Nampak sajak, tampan dengan baju Melayu bersamping songket ni.

Yusof: Oh! Yea ke?? Bukan baca sajak le yek, cuma nampak sajak !! Hehehhe …. Jangan orang tersilap ingatkan aku pengantin udah le … nanti aku pulak yang jadi tumpuan!

Zul: Alamak! Perasan pulak dah!! Tapi kau perlu ingat dan bersedia!!

Yusof: Bersedia apa pulak? Bukannya aku yang kahwin, aku pengapit je.

Zul: Sedia duit tol ngan pantun!

Yusof: Eh! Tol tu orang yang pandu keretalah yang bayar, aku pengapit kena duduk belakang dengan pengantin.

Zul: Bukan tol itu, tapi tol masa arak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan nanti … bila dah sampai sana nantilah! Adat orang Melaka ni, adik-beradik dan saudara mara akan tahan rombongan pengantin tu nanti dan pengapit kena bayar tol. Masa nak naik pelamin untuk bersanding pun mak andam akan tahan ... kena bayar tol dulu baru lepas!

Yusof: Ooo ... tol itu ke? Ada dah mereka bagi tau. Dah siaplah kut ….

Zul: Tapi ada satu lagi ….

Yusof: Apa pulak lagi? Kata nak cepat, jomlah cepat ….

Zul: Memanglah nak cepat! Kau tu bersiap lama sangat, mengalahkan pengantin. Ni nak tanya nih, pantun dah sedia?

Yusof: Pantun?? Tadi sajak …. Ni pantun pulak?

Zul: Haa ... pantun!

Yusof: Buat apa pulak pantun? Macam-macamlah kau nak kenakan aku.

Zul: Dia orang tak bagi tau ke?!

Yusof: Apa??

Zul: Pengapit kena berbalas pantun dengan mak andam nanti … masa bayar tol nak naik pelamin tu nanti.

Yusof: Hah!!!! Kena ke??

Zul: Mestilah, itu adat mereka .... Eh!! Kau nak ke mana tu? Jomlah cepat, kita dah lambat nih!!

Yusof: Nak tukar baju .…

Zul: Tukar baju?? Dah sajak, segak, lawa dah tu, tak perlu tukar yang lain!!

Yusof: Tukar baju biasa …. Tak mau jadi pengapit!!

Zul: Kenapa pulak? Pengantin dah tunggu tu ....

Yusof: Tak reti pantun!!!

Zul: Alamak … jahanam majlis orang macam ni!! Siapa nak jadi pengapit ni?????

Glossari: Sajak
  • Puisi moden yang digubah dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran
  • Segak, bergaya, tampan

Tiada ulasan: