Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 11 Julai 2011

Dedahkan punca sebenar kematian Allahyarham Baharuddin kena gas atau kena balun?

Posted on Monday, July 11 @ 09:35:00 MYT by aljohori


Minda Sofi Wahab Sehingga hari ini laporan Post Mortem punca kematian Baharuddin Ahmad 56 belum dikeluarkan lagi walaupun jenazah beliau sudah dikebumikan pagi tadi.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Harakahdaily melaporkan bahawa cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Mengapa laporan itu belum dikeluarkan lagi sedangkan dalam kes-kes biasa ianya dikeluarkan sebaik sahaja post mortem tersebut tamat.
Sebagai rakyat Malaysia kita mendesak pihak hospital supaya mengeluarkan laporan itu secepat mungkin bagi merungkai keraguan dan sangkaan buruk tentang kematian Allahyarham. Jangan cuba menyembunyikan fakta sebenar jika benar kematian Allahyarham adalah disebabkan tindakan ganas pihak tertentu bukannya semata-mata disebabkan gas pemedih mata.
Bak kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika menziarahi keluarga Allahyarham pagi tadi.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Tiada ulasan: