Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 9 Julai 2011

Anwar disembur gas pemedih mata, dilaporkan Ambiga ditangkap

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah keluar Hotel KL Hilton dan dipercayai berarak lima minit ke Kuala Lumpur (KL) Sentral tepat jam 2.00 petang.

Walaubagaimanapun, pihak polis telah menembak gas pemedih mata ke arah kumpulannya yang sedang berarak kerana berlaku kekecohan apabila kesemuanya merempuh sekumpulan polis yang membuat halangan di pintu masuk stesen tersebut ketika hujan lebat.

Beliau sebelum itu menjangka dia akan ditangkap oleh polis ketika ditanya sekumpulan pemberita asing di hotel berkenaan pukul 12.30 tengah hari ini sebelum keluar dari hotel tersebut.

Turut berada di hotel itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi dijangka berarak ke Istana Negara selepas selesai mesyuarat di hotel itu.

Dipercayai ketika ini KL Sentral telah ditutup kerana asap tebal telah memenuhi ruangan tersebut dan dilaporkan juga Datuk Ambiga Sreenevasan dipercayai telah ditangkap oleh Unit Tindakan Khas (UTK).

Tiada ulasan: