Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 19 Julai 2011

Pendedahan 1 : Pengundi yang sama boleh mengundi di 2 Dun berlainan?

Posted on Tuesday, July 19 @ 08:42:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Artikel Oleh Sofi Wahab

Seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang SAMA mempunyai 2 nama yang hampir serupa cuma ejaan yang berlainan. Yang pertama Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan , Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama???

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.



(KLIK ATAS IMEJ UNTUK MENDAPATKAN IMEJ LEBIH BESAR)

Pendedahan 1 : Pengundi yang sama boleh mengundi di 2 Dun berlainan?

1 ulasan:

iDAN berkata...

Cer! perhatikan nanti; hari mengundi apakah komputer di setiap kawasan dapat berhubung dgn kawasan lain;

Jika IC yang sama terdapat di kawasan lain seperti ini mmg ada mainan dalam SPR.

Pernah rakan saya mengadu dia tak dapat berhubung dengan kawasan mengundi yang lain di konti Semakan Mengundi SPR.. bagi menyemak nama ibunya yang telah ditukarkan ke kawasan lain di hari mengundi.

Jika perkara ini berlaku di hari mengundi mmg mudah dirancang Pengundi Hantu.