Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 9 Julai 2011

Najib puji rakyat yang menentang perhimpunan haram


PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji rakyat yang hadir pada perasmian Hari Koperasi Negara 2011 di sini hari ini, yang menunjukkan mereka menentang perhimpunan haram yang dicetuskan segelintir masyarakat di negara ini.

"Jelas, ribuan yang hadir (hari ini) adalah mereka yang menentang perhimpunan haram yang hendak dilakukan oleh sebahagian di kalangan masyarakat kita.

"Kalaulah ada yang nak adakan perhimpunan haram, ramai lagi yang menentang cadangan mereka untuk berbuat demikian," katanya semasa merasmikan Hari Koperasi Negara 2011.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setakat ini, polis menahan 236 orang di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram. -- BERNAMA

-PDRM menyatakan seramai 672 orang trlh ditangkap.

Tiada ulasan: