Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 17 November 2009

Satim Diman disiasat kritik MB (Politik)


SATIM DIMAN


SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan usul mengheret Timbalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamed Satim Diman ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) kerana didakwa mengkritik Menteri Besar Selangor.

Pada sesi perbahasan Bajet 2010 Selangor 11 November lalu, Mohamed Satim didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai kesangsian rakyat terhadap keupayaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguruskan kewangan kerajaan negeri dalam peruntukan bajet.

Mohamed Satim didakwa mengaitkan perkara itu dengan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman berjumlah RM66.6 juta untuk membeli RM200 juta saham Kumpulan Guthrie Berhad pada 1998.

Kegagalan itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu membuktikan Menteri Besar tidak berhemat dan gagal menguruskan kewangan sendiri.

Ekoran kenyataan itu, Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok mengemukakan usul supaya Mohamed Satim disiasat JKHK.

Speaker, Teng Chang Khim berkata, kenyataan Mohamed Satim perlu dirujuk kepada JKHK bagi memastikan kesahihannya.

Kosmo!

iDAN:

Datuk Satim adalah kawan baik aku ni!, mengapa pula kritik pun tak boleh!.

Tiada ulasan: