Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 9 November 2009

Demonstrasi kepala lembu bukan didalangi Umno: MB (Politik)

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui demonstrasi kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Ogos lalu bukan didalangi Umno.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar peserta demonstrasi itu penyokong Umno, perbuatan itu tidak mewakili atau melambangkan parti itu sebaliknya ia tindakan individu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tidak boleh mengulas lanjut kejadian itu kerana mereka yang terbabit dengan insiden berkenaan sudah didakwa di mahkamah.

Beliau menjawab soalan soalan tambahan (DAP-Ng Suee Lim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ketiga, semalam, yang meminta menjelaskan siapa 'mereka' yang dimaksudkan, yang terbabit dalam demonstrasi kepala lembu itu.

Abdul Khalid juga tidak setuju dengan cadangan Ng yang mendesak supaya Umno dibubarkan kerana mengamalkan politik perkauman kerana katanya, Pakatan Rakyat tidak berhak untuk mencadangkan perkara itu.

Menjawab soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang bertanyakan usaha yang diambil kerajaan negeri bagi mengelak kejadian itu berulang, beliau berkata, kerajaan negeri berjaya menangani insiden itu secara matang dan mengelak berlaku kejadian lebih buruk.

Sementara itu, hari pertama persidangan itu kecoh apabila kira-kira 30 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun mendesak wakil rakyat Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan.

Perhimpunan yang bermula pada jam 9.45 pagi di pekarangan bangunan DUN dan diketuai Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Khai Loon itu diadakan berikutan tindakan Badrul Hisham keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas pada 29 Oktober lalu.

Pada perhimpunan itu, penyokong pembangkang membawa memorandum dan beberapa kain rentang yang mendesak Badrul Hisham meletakkan jawatannya selain menggelarnya 'Yang Berhormat Katak' kerana melompat parti dan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

BHarian

Tiada ulasan: