Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 1 November 2009

Peminat berhujan tunggu Sakai


NORIKO SAKAI dipenjara 18 bulan kerana penyalahgunaan dadah.


SELEPAS ditahan pada Ogos lalu akibat penyalahgunaan dadah, penyanyi yang kemudian popular sebagai pelakon di Jepun, Noriko Sakai akhirnya dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Pada hari perbicaraan tersebut, Sakai yang menghilangkan diri bersama anaknya yang berusia 10 tahun selepas suaminya, Yuichi Takaso ditangkap, mengaku bersalah.

Sakai dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahannya setelah mahkamah berpendapat Sakai memberi banyak pengaruh kepada peminat dengan status selebritinya.

Pengakuan tersebut mengiyakan pendedahan suaminya yang mengatakan Sakai telah menjadi penagih dadah sejak dua tahun lalu.

Tidak mempedulikan kesalahannya, seramai 6,000 peminat setia bintang ini berkumpul di hadapan sebuah mahkamah di Tokyo sebagai tanda sokongan kepada Sakai.

Walaupun hanya 20 orang yang diberi ruang mendengar kes tersebut dibicarakan, lebih 5,000 peminat setianya tidak berganjak dari depan mahkamah walaupun hujan begitu lebat.

Kosmo!

Tiada ulasan: