Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

Enam orang politik didakwa SPRM



ROSLI (depan) dan Soo Sun (belakang) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah.


SHAH ALAM – Ahli Parlimen dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini antara enam individu yang dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini semalam atas beberapa pertuduhan rasuah membabitkan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing tahun lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd. Rahman Bakri dan bekas ADUN Teratai di Ampang, Yap Soo Sun yang merupakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bersama pembantu khas masing-masing, Rosli Busro serta Mohd. Firdaus Abu Zarin.

Dua lagi ialah pegawai khas kepada Exco Selangor daripada DAP, Wong Chuan How dan Mohd. Yahya Mat Sahri, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Pakatan Rakyat (PKR).

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan Hakim Syafeera Mohd. Said membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Antara tuduhan terhadap Abd. Rahman, dia didakwa membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar bagi membeli hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 hingga 27 Januari dan 10 hingga 12 Februari tahun lalu di Politeknik Sungai Lang dekat sini.

Kes terhadap Abd. Raham akan disebut semula 14 Disember ini sebelum dibicarakan antara 26 April sehingga 7 Mei tahun depan.

Kosmo!

Tiada ulasan: