Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 9 November 2009

Bahasa Melayu mudah dipelajari Bahasa rojak zaman IT (Delima Merkah)

Antara bentuk-bentuk kerosakan yang sedang dilalui bahasa ini ialah penggunaan bahasa rojak, bahasa slanga, ringkasan tanpa sebab dan kesalahan ejaan.

Sekumpulan pelajar asing yang mengikuti kelas bahasa Melayu di institut Kebangsaan Malaysia, sanggup mengeluarkan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, sanggup mengeluarkan Melayu. Malangnya, ada rakyat Malaysia sendiri yang perbelanjaan sendiri untuk menguasai bahasa seolah-olah tidak memperdulikannya. Wartawan ADHAM SHADAM mengulas dilema ini.

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu sebenarnya telah melebarkan sayapnya ke beberapa buah negara ke dunia yang bukan induknya seperti England, Australia, Perancis dan Rusia. Malah ia ditawarkan sebagai salah satu pilihan akademik buat pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi di sana.

Selain itu, Pusat Pengajian Nusantara juga terdapat di Institut Bahasa Asia dan Afrika, Universiti Moscow, Rusia. Kenyataannya, rakyat asing kian berminat untuk mempelajari bahasa ini.

“Saya berminat mempelajari bahasa Melayu setelah melancong ke negara ini tiga tahun lalu. Saya tertarik melihat perpaduan tiga kaum utama di negara ini sedangkan di negara saya, cuma ada satu kaum. Saya benar-benar seronok apabila boleh berbahasa Melayu walaupun masih belum begitu fasih,” kata Nao Shoji, seorang gadis Jepun yang baru seminggu belajar di kelas bahasa Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nao, 21 ialah salah seorang daripada lapan pelajar asing yang sedang menuntut di ATMA. Menurut sumber, sudah terdapat lebih 200 pelajar yang mengikuti pengajian di institut itu setakat ini dan mereka yang memang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu. Tidak hairanlah, semasa kunjungan KOSMO ke institut itu baru-baru ini, mereka kelihatan tekun menyiapkan sebuah karangan bergambar.

“Saya telah belajar bahasa Cina, Inggeris dan Melayu. Pada saya, bahasa Melayu paling mudah untuk dipelajari,” kata Nao yang pernah mempelajari asas bahasa Melayu di Pengajian Asing, Universiti Tokyo.

Pandangan Nao turut dipersetujui rakan senegaranya, Kota Arai, 29 yang merupakan pegawai insurans, dan Torben Brandau, 23, dari Jerman.

“Kalau boleh, saya mahu bercakap bahasa Melayu dengan orang di sini. Tapi mereka lebih gemar bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris. Pada hal, di sini sahaja saya boleh berbahasa Melayu. Di Jerman, saya tidak ‘bisa’,” ujar Torben yang pernah menetap di Indonesia semasa berusia 13 tahun.

“Pada saya, orang Malaysia harus berbangga dengan bahasa Melayu, seperti kami di Jerman berbangga dengan bahasa Jerman. Bahasa Inggeris tidak popular di negara saya. Rasanya, di negara-negara Eropah yang lain begitu juga. Kami menyukai bahasa kami kerana kami percaya kaitan bahasa dengan budaya kami,” kata Torben yang begitu fasih berbahasa Melayu.

Pelajar-pelajar asing ini nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempelajari bahasa kebangsaan Malaysia ini. Sekali-sekala, Nao dan seorang rakan Jerman peranakan Turki, Saban Guzer, 24, berbual-bual dalam bahasa ini. Mereka berbual-bual sambil ketawa seolah-olah bahasa itu memang bahasa mereka.

“Sesetengah pelajar yang datang ke sini langsung tidak mempunyai asas bahasa Melay. Kita janji kepada mereka dalam masa lima minggu, mereka sudah boleh berbahasa Melayu. Tapi, mereka tidak percaya. Dan apabila kita minta mereka buat pembentangan, mereka bercakap bahasa Melayu dan kawan-kawan mereka faham. Mereka rasa sangat gembira,” ujar tenaga pengajar ATMA, Mardian Shah Omar.

DBP

Tiada ulasan: