Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 11 November 2009

Dari Blog Anak Merdeka (Poiltik)

Wednesday, November 11, 2009

Barakah dari Selipar Nik Aziz..Erkk..

Dalam Sinar Harian hari ini, Nik Aziz kata, jika letak di bawah, seliparnya pasti akan hilang. Bukan dicuri, tetapi diambil oleh orang yang ingin mendapat keberkatan.

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

AM tidak mahu menuduh Nik Aziz mengamalkan ajaran sesat. Tetapi AM tahu, ramai yang tahu bahawa mempercayai sesuatu benda itu sebagai hikmah dan boleh memberi keberkatan, adalah kurafat. Berdosa besar.

Nik Aziz tahu. Tetapi dia lebih suka mengambil sikap untuk memberitahu umum bahawa ramai sangat orang yang berminat dengan seliparnya 'untuk ambil berkat' (selain ramai orang yang sanggup keluar belanja hantar Tok Guru pergi Mekkah)

Nik Aziz diketahui umum, selalu mengadakan kuliah agama, termasuk kuliah mingguannya. AM terfikir juga, pernah kah dia memberitahu tentang orang islam tidak boleh mempercayai 'benda' sebagai ada hikmah tertentu. Pernah atau tidak beliau memberitahu jemaah untuk meninggalkan perbuatan yang dikutuk itu.

Dua persoalan timbul.

Jika benar dia tidak membetulkan perbutan syirik yang berlaku, maka sudah tentu dia berdosa. Yang keduanya, jika benar dia sudah melarang, sejauh mana pula keberkesanan kuliah Nik Aziz selama ini?

AM teringin sangat nak tengok muka orang yang terlalu taksub dengan Nik Aziz sehingga mencari keberkatan dari selipar tok guru merangkap Mursyidul Am PAS itu.

Please, kalau boleh AM tak mahu baca komen yang mengatakan dalam al-quran ada kata "selipar boleh mendatangkan keberkatan"
Blogger iDAN said...

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Faham betu-betul ayat itu; TG Nik Aziz tak kata pun seliparnya boleh membawa berkat!, Tak ada kena mengena pun TG Nik Aziz bilang seliparnya memberi berkat.

Samalah kalau penagih dadah curi barangan kita, kita pun kata dia bukan curi dia nak beli dadah; bukan kita yang hisap dadah atau pengedar dadah pencuri itu yang hisap dadah melalui duit barangan yang dicurinya.

Pening!???!

November 11, 2009 8:31 PM

Tiada ulasan: