Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

‘Pulanglah, keluarga rindu Siti’


Siti Aisyah yang hilang seminggu lalu." title="RINDU...Abu Bakar dan Faridah menunjukkan gambar
Siti Aisyah yang hilang seminggu lalu." border="0" width="300" height="256">
RINDU...Abu Bakar dan Faridah menunjukkan gambar
Siti Aisyah yang hilang seminggu lalu.

KUALA TERENGGANU: “Pulanglah, kami merayu kerana keluarga di sini begitu merindui Siti,” kata seorang bapa yang kehilangan anak perempuannya seminggu lalu dipercayai mengikut seorang lelaki yang bekerja sebagai nelayan berusia 60-an dan seorang wanita 30-an berasal dari Thailand.

Bapanya, Abu Bakar Che Ismail, 47, berkata anak ketiga daripada lapan beradik, Siti Aisyah Abu Bakar, 20, sebelum ini bekerja di sebuah restoran Thailand di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang bersama kakaknya sejak tamat persekolahan tiga tahun lalu.

Menurutnya, ketika Siti Aisyah bekerja di restoran itu, dia berkawan rapat dengan seorang wanita berasal dari Thailand berusia 30-an, namun anaknya dan wanita berkenaan dibuang kerja pemilik restoran berkenaan kerana tidak memberikan komitmen ketika bertugas.

Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut dibuang kerja itu mempelawa menghantarnya ke kampung bertemu neneknya di Marang, dekat sini, lima hari lalu dengan menaiki kereta seorang nelayan warga emas diperkenalkan wanita berkenaan sebelum ini.

“Siti Aisyah sepatutnya pulang ke rumah di Kampung Laut, di sini, namun Siti serta rakannya dan lelaki itu hanya singgah di rumah neneknya, malah tidak menghubungi saya sebaik mereka tiba,’’ katanya.

Menurutnya, ibunya yang juga nenek Siti Aisyah berpendapat cucunya itu akan terus ke rumahnya, namun terkejut sebaik dimaklumkan mereka bertolak semula ke rumah seorang lagi anak perempuannya yang juga kakak Siti Aisyah di Kuantan bersama nelayan dan wanita berkenaan dengan alasan mahu mencari kerja baru.

"Ibu saya memberitahu mereka bertiga hanya sempat tinggal selama dua hari di rumahnya dan dia risau kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan Siti Aisyah bersama wanita serta nelayan terbabit yang begitu mencurigakan," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, ibu tiri Siti Aisyah, Faridah Ibrahim 40, berkata Siti Aisyah seorang yang agak pendiam sebelum ini dan tidak mempunyai masalah dengan adik-beradik lain.

Menurutnya, dia tidak percaya anak tirinya itu begitu mudah mengikuti wanita dan nelayan terbabit yang baru dikenali beberapa hari.

“Sebelum ini kami beberapa kali cuba menghubunginya tetapi gagal kerana bimbang keselamatan Siti Aisyah terpaksa bertolak ke Kuantan untuk mencarinya.

"Pada mulanya, kami menemuinya bersama wanita serta nelayan terbabit di rumah Rozita (kakak Siti Aisyah) dan sempat memberinya nasihat supaya tidak terlalu mengikut lelaki berkenaan,"

Harian Metro

Tiada ulasan: