Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 17 November 2009

Hanya 7 web taraf lima bintang (Ceritera)


MOHD. SIDEK (kanan) lima Bintang Portal Kerajaan Malaysia di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Hanya tujuh atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kerajaan mencapai taraf lima bintang, demikian Laporan Penilaian Web Dan Portal Kerajaan 2009 Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, perkara itu tidak sejajar dengan hasrat Malaysia untuk membina sebuah kerajaan elektronik.

"Pada 2007, hanya tiga portal dan laman web kerajaan dikategorikan bertaraf lima bintang," katanya selepas menyampaikan anugerah cemerlang pencapaian lima bintang Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Laman Sesawang 2009 di Subang Jaya semalam.

Mohd. Sidek berkata, antara masalah yang dialami laman web kerajaan ialah maklumat yang tidak kemas kini, tiada dwibahasa dan sistem yang perlahan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan rakyat tidak suka menggunakan sistem dalam talian jabatan kerajaan walhal ia lebih selesa, pantas dan mudah.

Justeru, beliau menggesa pengarah-pengarah jabatan kerajaan memantau portal dan laman web masing-masing bagi memastikan ia sentiasa efisien dan efektif.

Kosmo

Tiada ulasan: