Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 9 November 2009

Mayat Teoh digali 21 November (Politik)

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini semalam, memerintahkan mayat Teoh Beng Hock, digali dari kubur pada 21 November ini bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan keesokannya.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

"Tugas menggali mayat dilakukan oleh Hospital Sungai Buloh," katanya.

Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM berkata SPRM akan memastikan pakar luar negara yang dilantik dapat hadir pada bedah siasat kedua itu.

Beliau turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah bertulis dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan pihak SPRM memaklumkan mengenai perintah itu kepada pakar mereka.

Prosiding bersambung Jumaat ini. - Bernama

Tiada ulasan: