Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 24 November 2009

Isu yang elok kita fikirkan (Singgahsana)

Kenapa bangsa kita Melayu semakin kurang rapat & ukhuwah sesama kita. Ramai kalangan kita semakin tidak semesra mana dengan kaum keluarga sebelah menantu kita (Bisan). Apakah lantaran kita semakin tidak mahu mengamal Adat Resam nenek moyang kita amalkan. Semua ini seharusnya dapat kita kupas & uar-uarkan bersama. Sila klik situs milik iDAN dalam isu ini. Sila klik sini http://idanradzi.blogspot.com

En. Idan, mohon maaf jika komen saya membuatkan En. Idan begitu beremosi.

Saya akan terus MERISIK khabar, mengunjung dan menziarahi blog En. Idan sebagai salah satu matlamat ukhwah.

Melepaskan adat tidak semestinya melepaskan budaya sebagai bangsa melayu. Melayu tetap melayu, tak akan jadi Cina, India, Sikh dan sebagainya. Cuma adat yang diamalkan banyak dicedok dari budaya bangsa lain yang telah tercampuraduk semasa zaman penjajahan dulu.

Alam ukhwah dari saya untuk En. Idan. Permudahkanlah jalan anak teruna En Idan itu. Saya doakan agar semua yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Kasih sayang ayahibu itu membawa ke syurga.

11:57 PM

Padam
Blogger iDAN berkata...

Sdr Shamshina;

Saya bernikah tahun '82; sememangnya sejak tahun tersebut kita orang Melayu sering melanggar adat resam kita.

Saya berkahwin pun tidak pernah merisik, tahu-tahu meminang, bertunang sekali gus bernikah gantung; adalah hantaran serba satu semua itu. Selang beberapa bulan buat majlis kenduri bersanding pelbagai. Adat moden kononnya.

Patutnya saya telah dapat cucu dalam usia setua ini, rezeki saya sememangnya amat liat, 7 tahun kahwin baru dapat anak. Semua lelaki, seramai 4 orang.

Sekarang pun kita telah ramai melupai Merisik, ramai kalangan kita terus meminang & bertunang. Tak tahu lagi apa itu cincin tanda. Kenapa perlu merisik!.

Sebabnya anak-anak kita yang lebih merisik dari kita. Perpacaran sampai memeningkan kepala ibu ayah.

Bila sudah tua begini barulah saya sedar kenapa orang tua dahulu perlu Merisik. Biarpun ini bukan anjuran Islam, Islam tak pernah suruh kita Merisik calon isteri atau suami anak kita. Tetapi saya rasa memang Merisik ini amat penting. Ianya akan dapat menggeratkan ikatan & kemesraan kedua belah keluarga orang tua kita.

Merisik juga dapat mengenalkan hati budi keluarga kedua pihak. Jika rasanya tak sesuai boleh dibatalkan sahaja upacara meminang tersebut. Tanpa denda berganda bila telah bertunang. Itu yang saya cuba tulis & mendapat kajian serta buah fikiran dari sesama kita.

Merisik sebenarnya adalah ibarat tempoh bercinta atau jatuh cinta antara kedua bisan (Orang tua@ibu ayah mempelai) bagai keluarga Sdr Diana lakukan. Ini yang kita lupa sedangkan saya nampak ini amat penting.

Saya lihat empat adik beradik saya (termasuk saya) mana ada antara kedua-dua bisan ini rapat bagai adik beradik.

Saya teringat arwah Apak memang telah membuat adat merisik ini tetapi anak-anak terlalu degil. Arwah Apak tak setuju setelah dia Merisik calon bisannya tetapi anak-anak mendesak & adat resam Melayu ini kian dilanggar.

Natijah@akibatnya apa yang arwah Apak sangsikan berlaku setelah 20 tahun lebih usia perkahwinan kedua abg kandung saya ranap berkecai.

Seharusnya ini menjadi teladan sesama kita. Firasat kedua ibu & ayah jangan dimain-mainkan. Firasat ini semuanya didapati kalau kita melakukan Merisik.

Nak pergi berperang pun perlukan risikan bukan redah ala koboi sahaja.

Begitu juga saya lihat di pihak isteri saya, dalam 8 adik beradik Mila, ukhuwah antara bisan ini amat kabur, biar pun kampung berjiran ada yang sekampung... mana ukhuwahnya. Harapkan hari raya atau kenduri kendara sahaja bertandang. Itu pun tak semesra mana.

Saya ingin sangat membetulkan ini tetapi kita sengaja buat tak tahu.

Anak teruna sulung saya baru 20an, entah berapa kali gagal bercinta lantaran kita tahu dia bercinta tetapi kita memang seolah-olah menghalang; tak mahu pun merisik atau mengambil tahu impian anak kita dalam masalah mencari jodoh ini.

Kita mahukan anak kita jadi VVIP, sedangkan bagi saya tak semua VVIP itu bagus & baik belaka. Perkara ini sukar kita rungkai kecuali kita sudah tua & dekat dengan liang lahat. Masa tu kita nampak kenapa adat resam ini amat penting!.

Keluarga isteri saya bukan Melayu, mereka kaum Jawa. Adat resam mereka memang banyak yang bertentangan dengan adat resam kaum Melayu. Cara mereka tanam temuni uri anak pun lain; itu yang mahu saya dedahkan@fikirkan bersama.

Generasi tua kita makin tiada. Jika kita tidak memikirkan apa baik & buruknya adat resam kaum bangsa kita sendiri Melayu. Memang semuanya akan tinggal kenangan.

7:55 AM

Tiada ulasan: