Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

Kes saman pecat ketua kampung


Sebahagian daripada ketua kampung yang hadir pada perbicaraan kes saman terhadap kerajaan negeri Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.


IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh keputusan kes saman pemecatan 817 ketua kampung oleh kerajaan negeri Perak.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Kamal Md. Shahid dalam hujahnya menjelaskan bahawa jawatan ketua kampung dilantik atas budi bicara Menteri Besar bukan seperti penjawat awam yang kekal dalam jawatan.

Katanya, pemecatan ketua kampung itu juga dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang berhak menamatkan perkhidmatan ketua kampung.

"Ketua Kampung tersebut dilantik semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan mereka tidak terikat dengan kaedah pelantikan ketua kampung yang dibuat secara pemilihan orang ramai semasa pemerintahan kerajaan itu," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri membatalkan pelantikan ketua kampung tersebut kerana ia tidak kekal setelah berlaku perubahan dalam pemerintahan kerajaan negeri yang diambil alih Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Mohd. Yunus Ali yang mewakili ketua-ketua kampung selaku plaintif dalam hujahnya mendakwa responden telah mungkir janji dalam pelantikan mereka kerana pemecatan itu bertentangan dengan undang-undang.

Kosmo!

Tiada ulasan: