Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

Lambaian Kaabah: Kelam-kabut dimaklumkan pada saat akhir



Rial sambil dibantu anak." title="KIRA ...Ramlah (tiga dari kanan) mengira mata wang
Rial sambil dibantu anak." border="0" width="300" height="207">
KIRA ...Ramlah (tiga dari kanan) mengira mata wang
Rial sambil dibantu anak.

KELANA JAYA: “Kelam kabut sedikit kerana dimaklumkan layak menunaikan haji pada saat akhir, lima hari sebelum tarikh hari ini (semalam),” kata ibu tunggal, Ramlah Harjin, 62, ketika ditemui bersama empat anaknya di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Ramlah seorang ustazah di sekolah agama rakyat di Kampung Sarkai Jadi, Tronoh, Perak, di sini, turut lewat setahun daripada tarikh asalnya menunaikan haji.

Walaupun dimaklumkan lewat, Ramlah tidak menolak pelawaan menjadi tetamu Allah berkenaan, sebaliknya sabar dan bertungkus- lumus menyediakan segala kelengkapan diperlukan sebelum pemergiannya ke Makkah.

“Tidak dinafikan memang kelam-kabut kerana mak cik hanya ada lima hari saja sebelum pergi ke sana (Makkah) tapi kalau sudah sampai seru, Tuhan tetap permudahkan segala urusan.

“Ini semua ujian dan ketentuan Ilahi, mak cik bersyukur, malah menadah tangan untuk berdoa sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga,” katanya ketika ditemui bersama empat orang anaknya.

Ramlah berkata, pemergiannya tahun ini tidak dirancang kerana beranggapan dia masih perlu menunggu kira-kira lima tahun lagi iaitu pada 2014 sebelum dipilih semula.

Harian Metro

Tiada ulasan: