Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 17 November 2009

Raya Korban 27 november

KUALA LUMPUR - Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini semalam. - Bernama

iDAN: Nampaknya kena dua kali Sembahyang Jemaah dalam awal hari. Raya hari Jumaat agak terbatas pergerakannya. Bila lagilah dapat buat korban ini.

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang kebaikan cara sembelih kat sini - Kelebihan Menyembelih Binatang